WAKAF QURAN RAMADAN 2021 / 1442H – MARI BERWAKAF

Bersempena dengan bulan Ramadan 2021/1442H, Yayasan Ammirul Ummah sebuah NGO kebajikan yang berdaftar di Malaysia menjalankan program Wakaf Al-Quran Ramadan 2021 / 1442 di bawah program utama Wakaf Al-Quran Nusantara. Wakaf Al-Quran Ramadan 2021 / 1442  mensasarkan jumlah agihan sebanyak 200,000 (200 ribu) naskah al-quran.

 

Al-Quran akan dicetak dan diedarkan ke Taman-Taman Pendidikan Al-Qur’an (TPQ/TPA), madrasah-madrasah, tahfiz-tahfiz,masjid-masjid,pondok-pondok,sekolah-sekolah,komuniti-komuniti kecil di seluruh pelosok indonesia yang bekeluasan 1.905 juta km² dengan penduduk islam berjumlah lebih 200 Juta orang di beberapa bahagian di Indonesia.

Para pewakaf boleh mewakafkan dengan minima senaskah al-quran dengan nilai RM30.

 

Yayasan Ammirul Ummah Projek Wakaf Al Quran Ummah Sedunia Malaysia Surah Al Hadid Ayat21

 

Firman Allah S.W.T: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah Al-Hadid , ayat 21)