SYAWAL BERDARAH DI GAZA,PALESTIN, TABUNG KECEMASAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN yayasan ammirul ummah imbnet fatijja afmy esedekah e-sedekah main 1

SYAWAL YANG BERDARAH DI GAZA

Social Share

Orang-orang yang berkabung membawa jenazah Hussein Hamad Palestin berusia 11 tahun, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Jalur Gaza, semasa upacara pengkebumiannya di Khan Yunis, Gaza, 11 Mei 2021.
Ibu kepada Hussein Hamad Palestin berusia 11 tahun, kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, ditenangkan oleh wanita-wanita palestin.
SYAWAL BERDARAH DI GAZA,PALESTIN, TABUNG KECEMASAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN yayasan ammirul ummah imbnet fatijja afmy esedekah e-sedekah main 1
SYAWAL BERDARAH DI GAZA,PALESTIN, TABUNG KECEMASAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH
TABUNG DERMA GAZA PALESTIN BANTUAN KECEMASAN KEMANUSIAAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH CINTA GAZA MALAYSIA AMAN PALESTIN
Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun bank Yayasan Ammirul Ummah
Maybank: 563019271201
CIMB Bank : 8603338218
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Mohd Kamal. -+60139863106

http://wasap.my/601135993106/infowakaf

Gaza City: Hajat seorang bapa membelikan anaknya kasut baharu untuk dipakai pada pagi Aidilfitri tidak kesampaian apabila kanak-kanak itu terkorban dalam insiden serangan Israel di Semenanjung Gaza, Isnin lalu.

Abu Hussein Hamad berkata, anaknya Hussein, 11, terbunuh bersama lima sekeluarga yang juga jiran mereka, keluarga al-Masri, di kawasan Beit Hanun.

“Apa dosa anak tidak bersalah ini?

“Saya dah janji nak belikan dia kasut baru Aidilfitri ini,” katanya tidak dapat meneruskan kata-kata kerana teresak-esak ketika memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah anaknya itu.

Kelmarin, ratusan orang mengibarkan bendera Palestin sambil melaungkan takbir Allahu Akbar dalam majlis pengebumian mangsa yang terkorban akibat serangan di Beit Hanun.

Sementara itu, seorang remaja Palestin, Ibrahim, 14, tidak dapat menahan perasaan hiba berkongsi pengalamannya apabila menyaksikan tubuh badan dua sepupunya hancur di depan mata dalam serangan berkenaan.

Katanya, ketika insiden berdarah itu berlaku mereka bertiga sedang menyiapkan tempahan jerami untuk dijual kepada pasar ternakan.

“Ketika kejadian, saya kami baru saja selesai menyiapkan tiga karung sebelum saya mengangkut guni itu ke dalam kenderaan.

“Pada ketika itu kami sedang bergelak tawa apabila tiba-tiba tempat kami di bom dan kawasan sekeliling terbakar.

“Saya tengok sepupu saya terbakar dan berkecai,” katanya sambil menangis.

Dilaporkan, serangan berkenaan turut mengorbankan sepupu mereka, Yazan berusia tiga bulan dan Rahaf, 10,

Seorang lagi ahli keluarga mereka, Ahmad, 22, yang maut pada Selasa selepas parah.

Ahmad, dilaporkan bakal bernikah pada Sabtu ini.

Serangan balas antara tentera Israel dan Hamas tercetus sejak Isnin lalu susulan insiden pertempuran pihak berkuasa dengan penduduk Palestin di Masjidil al-Aqsa.

Rejim Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada malam Isnin dan Selasa, sebagai tindak balas kepada Hamas yang melancarkan roket ke arah wilayah dikuasai Israel.

Pertempuran yang terus berlaku sehingga kini itu berpunca daripada insiden keganasan di Masjidil al-Aqsa.

Ia berpunca tindakan Israel yang mengusir penduduk Palestin dari rumah mereka di Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.

Selain itu, ia juga disebabkan tindakan pasukan keselamatan Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.

Pada malam Selasa, Hamas melancarkan roket menyasarkan hab ekonomi Israel, Tel Aviv, pada Selasa sebagai tindak balas kepada Israel yang melancarkan serangan memusnahkan satu blok bangunan 12 tingkat di Gaza.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, termasuk 10 kanak-kanak dan lebih 220 orang lagi cedera. – Harian Metro

#Aid4Palestine
#SaveGaza
#Gaza

 


Social Share

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *