WAKAF AL-QURAN RAMADHAN 2021 /1442H


سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ Tuan,Puan muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, Sempena bulan Ramadan ini ,Bantulah kami untuk mencukupkan  200 ribu naskah al-quran untuk edaran di madrasah-madrasah, tahfiz-tahfiz,masjid-masjid,pondok-pondok,sekolah-sekolah,komuniti-komuniti kecil  di seluruh pelosok indonesia yang bekeluasan 1.905 juta km² dengan  penduduk islam berjumlah lebih 200 Juta orang di bawah program khas Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H Yayasan Ammirul Ummah.
Wakaf : RM30/Naskah

Saya berwakaf: 1 Naskah : RM 30
Saya berwakaf: 3 Naskah : RM 90
Saya berwakaf: 5 Naskah : RM 150
Saya berwakaf: 10 Naskah : RM 300
Saya berwakaf: 20 Naskah : RM 600
Saya berwakaf: 50 Naskah : RM 1500
Saya berwakaf: 100 Naskah : RM 3000
Saya berwakaf: 200 Naskah : RM 6000
Clear

Yayasan Ammirul Ummah Projek Wakaf Al Quran Ummah Sedunia Malaysia Surah Al Hadid Ayat21

 

Firman Allah S.W.T: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah Al-Hadid , ayat 21)

surah -albaqarah-ayat-261 yayasan ammirul ummah imbnet wakaf sedekah infak malaysia indonesia nusantara - infak sedekah bulan ramadan

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

infak makanan food-bank yayasan ammirul ummah ramadhan 2021 1442
Anda juga boleh Berinfak Bakul Makanan Ramadhan Yayasan Ammirul Ummah

Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H

 

  • اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَصْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ ࣖ

    Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.(Surah Al-Hujurat Ayat 10)

 

 

wakaf al-quran nusantara yayasan ammirul ummah malaysia indonesia (9)

Bulan Ramadan Yang Mulia sudah tiba , Tuan,Puan yang dirahmati Allah,sebanyak lebih 200 ribu naskah al-quran masih diperlukan di madrasah, tahfiz-tahfiz,masjid-masjid,pondok-pondok,sekolah-sekolah di seluruh pelosok indonesia yang bekeluasan 1.905 juta km² dengan  penduduk islam berjumlah lebih 200 Juta orang di dalam Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H anjuran Yayasan Ammirul Ummah. Al-Quran yang anda wakafkan akan mulai diedarkan pada bulan Ramadhan ini di seluruh Indonesia.Insyallah

Program Wakaf Al-Quran Nusantara dan Program Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 1442H/ 2021 di bawah kelolaan Yayasan Ammirul Ummah membuka peluang kepada seluruh umat islam di Malaysia untuk bersedekah,infak berwakaf tunai bagi membolehkan kami  mencetak dan mengedarkan 200 ribu naskah al-quran di seluruh indonesia pada kadar kemampuan kami pada masa kini.

 

Kami juga menjemput Syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat,ngo-ngo lain serta individu untuk turut serta menyertai program Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H ini.

Maklumat Perbankan :

Anda juga boleh depositkan wang tunai ke dalam akaun bank Yayasan Ammirul Ummah melalui mesin CDM.

*Maybank: 563019271201
*CIMB Bank : 8603338218

 

Yayasan Ammirul Ummah (545667-X)
Lot 20200 Taman LG Utama,
Jalan Tengku Umar, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Tel: +6013 986 3106
Email: yayasanammirulummah@gmail.com

#Ramadhan Bulan Kebajikan / Berwakaf/ Bersedekah / Berinfak
#Ramadan2021 / 1442H
#Ramadan Bulan Berwakaf
#Ramadan Bulan Kebajikan
#Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H
#Gandakan Pahala Ramadan Kita
#Semoga Allah Ampuni Dosa-Dosa Kita dan Limpahi Pahala dan Kurnia
#Yayasan Ammirul Ummah
#Bersama Membuat Kebajikan dan Kebaikan
#Wakaf Al-Quran
#Wakaf Al-Quran Ramadan

surah at-talaq ayat seribu dinar 2 dan 3 yayasan ammirul ummah wakaf al-quran nusantara wakaf bina dan baiki masjid

 

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia. Adakah mereka tidak percaya kepada ayat-ayat suci al-quran di mana firman Allah s.w.t mengenai fadhilat/ kelebihan sedekah,infak dan wakaf?Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa.

Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah.

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah. Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.

 

Kelebihan Bulan Ramadan


Ramadhan Bulan al-Quran

 

Ramadhan Bulan al-Quran - wakaf quran - yayasan ammirul ummah

 

 

Maksudnya:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk  dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah dia berbuka  kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang  demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Catatan:

Al-Quran yang mulia telah diturunkan kepada manusia yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, kepada umat yang paling mulia, iaitu umat Baginda SAW dan di bulan yang paling mulia, iaitu bulan Ramadhan dan orang yang membacanya adalah orang yang mulia.

 

Rasulullah Salallahualaihiwasallam (SAW) telah memberikan contoh terbaik kepada kita agar banyak bersedekah pada bulan Ramadan. Bahkan terdapat pelbagai faedah jika seseorang itu bersemangat dalam bersedekah ketika berpuasa di bulan yang penuh berkat ini.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahanhuma, beliau berkata:

كَانَ النَّبِىُّ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ  عَلَيْهِ السَّلاَمُ  يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

 

“Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan. Ketika itu Jibril menemui baginda, Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran ketika itu. Dan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.” (HR Bukhari & Muslim)

 

Ibnu Rajab rahimahullah berkata: “Al-Juud bermaksud rajin dan banyak memberi (berderma)”. Jadi, maksud hadis di atas ialah Rasulullah SAW rajin memberi sedekah kepada orang lain pada bulan Ramadan. Apakah yang mendorong baginda lebih bersemangat seperti itu? Ayuh kita ketahui agar menjadi motivasi kepada diri untuk melaksanakannya, insya-Allah.

 

1. Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan pahala berlipat ganda.

 

2. Rajin bersedekah pada bulan Ramadan bermaksud membantu orang yang berpuasa, orang yang melakukan solat malam dan orang yang berzikir supaya mereka mudah dalam beramal.

 

Orang yang membantu di sini akan mendapatkan pahala seperti pahala mereka yang beramal sebagaimana Nabi SAW menyebutkan keutamaan orang yang memberi makan kepada orang yang buka puasa.

 

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut walaupun sedikit.” (HR Tirmidzi & Ahmad)\

 

3. Pada bulan ini, Allah Subhanahuwataala (SWT) juga berderma dengan memberikan rahmat, ampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka, lebih-lebih lagi ketika lailatulqadar (malam al-Qadar).

 

4. Menggabungkan antara puasa dan sedekah adalah sebab seseorang dimudahkan masuk syurga sebagaimana disebutkan dalam hadis berikut:

عَنْ عَلِىٍّ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ »

 

Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada bilik yang luarnya dapat dilihat dari dalamnya dan dalamnya boleh dilihat dari luarnya.” Lantas orang Arab Badwi ketika mendengar perkara itu terus berdiri dan berkata, “Untuk siapa keistimewaan-keistimewaan tersebut, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Itu disediakan bagi orang yang berkata yang baik, memberi makan (kepada orang yang memerlukan), rajin berpuasa dan melakukan solat pada malam hari ketika manusia lena tidur.” (HR Tirmidzi & Ahmad)

 

Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali, sifat-sifat yang disebutkan di atas semuanya terkumpul pada bulan Ramadan kerana orang yang beriman akan mengumpulkan pada dirinya amalan puasa, solat malam, sedekah dan berkata yang baik yang mana ketika berpuasa, dilarang berkata yang tidak benar dan sia-sia.

 

5. Menggabungkan antara sedekah dan puasa adalah sebab kemudahan meraih ampunan dosa dan selamat daripada seksa neraka, lebih-lebih lagi jika kedua-dua amalan tersebut ditambah dengan amalan solat malam.

 

Puasa adalah pelindung daripada seksa neraka sebagaimana hadis berikut:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ

“Puasa adalah pelindung daripada neraka seperti pelindung salah seorang daripada kalian ketika ingin berlindung daripada pembunuhan.” (HR Ibnu Majah & an-Nasa’i)

 

Manakala, mengenai sedekah dan solat malam disebutkan dalam hadis:

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ

“Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana api dapat dipadamkan dengan air, begitu pula solat seseorang selepas tengah malam.” (HR Tirmidzi & Ibnu Majah)

 

6. Dalam puasa kita tentunya ada cacat dan kekurangan, maka sedekah itulah yang menutupi kekurangan tersebut. Pada akhir Ramadan, kaum Muslimin disyariatkan menunaikan zakat fitrah yang mana tujuannya adalah untuk menyucikan diri mereka yang berpuasa. Disebutkan dalam hadis, Ibnu Abbas radhiallahuanhuma berkata:

 

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan mereka yang berpuasa daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata kotor, juga untuk memberi makan kepada orang miskin.” (HR Abu Daud & Ibnu Majah)

 

7. Disyariatkan banyak bersedekah ketika puasa seperti saat memberi makan berbuka puasa adalah supaya orang berada dapat merasakan bebanan orang yang biasa menderita lapar sehingga mereka pun dapat membantu orang yang sedang kelaparan itu.

 

Oleh yang demikian sebahagian ulama ketika ditanya, “Kenapa kita diperintahkan untuk berpuasa?” jawab mereka, “Supaya yang kaya dapat merasakan penderitaan orang yang lapar dan supaya ia tidak melupakan deritanya orang yang lapar.”

 

Antara para ulama yang menjadi contoh antaranya Abdullah bin al-Mubarak dan al-Hasan al-Basri, mereka biasa memberi makan kepada orang lain padahal mereka sedang berpuasa sunat.

 

Demikianlah tujuh faedah yang disampaikan oleh Ibnu Rajab yang mendorong kita agar rajin membantu, memberi dan bersedekah pada bulan Ramadan. Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata:

 

“Sesiapa yang tidak mampu menggapai darjat itsar (mendahulukan orang lain daripada diri sendiri), maka jangan sampai ia tidak mencapai darjat orang yang rajin membantu orang lain (muwasah).”

 

Selain itu, Imam Syafii rahimahullah pernah berkata:

“Aku sangat senang ketika melihat ada yang bertambah semangat menghulurkan tangan membantu orang lain pada bulan Ramadan kerana meneladani Rasulullah SAW, kerana manusia ketika berpuasa sangat-sangat memerlukan bantuan di mana mereka telah disibukkan dengan puasa dan solat sehingga sukar untuk mencari nafkah bagi memenuhi keperluan mereka. Sebagai contoh ulama yang seperti itu ialah al-Qadhi Abu Ya’la dan ulama Hanbali lainnya.”

 

INFAK PELARIAN SYRIA DAN UMAT ISLAM DI GAZA PALESTIN YAYASAN AMMIRUL UMMAH
INFAK RAMADHAN UNTUK PELARIAN SYRIA DAN UMAT ISLAM DI GAZA PALESTIN YAYASAN AMMIRUL UMMAH

 

7 Nasihat Dari Kubur

 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR’AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah “LAILAHAILALLAH”..
WAKAF QURAN RAMADAN . WAKAF AL-QURAN RAMADHAN . WAKAF AL-QURAN NUSANTARA . WAKAF AL-QURAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH