Wakaf Al-Quran Ummah

Umat Islam yg dirahmati Allah sekalian, jemput berwakaf dengan wakaf al-quran anjuran Yayasan Ammirul Ummah,sila masukkan jumlah wakaf sumbangan semampu anda boleh di bawah dan tekan butang Infak/Sedekah di bawah.

Pakej Wakaf Quran: RM 30
Pakej Wakaf Quran: RM 90
Pakej Wakaf Quran: RM 150
Pakej Wakaf Quran: RM 300
Pakej Wakaf Quran: RM 1500
Pakej Wakaf Quran: RM 3000
Clear

surah at-talaq ayat seribu dinar 2 dan 3 yayasan ammirul ummah wakaf al-quran nusantara wakaf bina dan baiki masjid

Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah)

Program Wakaf Quran :

Wakaf Al-Quran Nusantara Syaaban / Ramadan 2021 / 1442H​

yayasan ammirul ummah, Wakaf Al-Quran Nusantara,Wakaf Al Quran Yayasan Ammirul Ummah Banner Ads Esedekah Fatijja Digital Surah Al Alaq 2021 2022 Wakaf Al Quran Ramadan 1442 1443 2021 2022,Wakaf Quran Malaysia,Program Wakaf Mushaf Al-Quran,mobileapp.worldcharityfund.net,worldcharityfund.net,esedekah.com.my,esedekah,fatijja digital,imbnet,harian metro,covid-19,wakaf quran ramadan,wakaf al- quran ramadan,wakaf al- quran ramadan 2021,wakaf al- quran ramadan 1442,wakaf al- quran ramadan 1443,imancare

yayasan ammirul ummah, Wakaf Al-Quran Nusantara,Wakaf Al Quran Yayasan Ammirul Ummah Banner Ads Esedekah Fatijja Digital Surah Al Alaq 2021 2022 Wakaf Al Quran Ramadan 1442 1443 2021 2022,Wakaf Quran Malaysia,Program Wakaf Mushaf Al-Quran,mobileapp.worldcharityfund.net,worldcharityfund.net,esedekah.com.my,esedekah,fatijja digital,imbnet,harian metro,covid-19,wakaf quran ramadan,wakaf al- quran ramadan,wakaf al- quran ramadan 2021,wakaf al- quran ramadan 1442,wakaf al- quran ramadan 1443,imancare

 

 

wakaf al-quran nusantara yayasan ammirul ummah malaysia indonesia (9)

Wakaf Al-Quran Nusantara Syaaban / Ramadan 2021 / 1442H​

Bulan Ramadan akan tidak lama lagi, Tuan,Puan yang dirahmati Allah,sebanyak lebih 200 ribu naskah al-quran masih diperlukan di madrasah, tahfiz-tahfiz,masjid-masjid,pondok-pondok,sekolah-sekolah di seluruh pelosok indonesia yang bekeluasan 1.905 juta km² dengan  penduduk islam berjumlah lebih 200 Juta orang di dalam Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H anjuran Yayasan Ammirul Ummah. Al-Quran yang anda wakafkan akan mulai diedarkan pada akhir bulan Syaaban ini di seluruh Indonesia.Insyallah

Program Wakaf Al-Quran Nusantara dan Program Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 1442H/ 2021 di bawah kelolaan Yayasan Ammirul Ummah membuka peluang kepada seluruh umat islam di Malaysia untuk bersedekah,infak berwakaf tunai bagi membolehkan kami  mencetak dan mengedarkan 200 ribu naskah al-quran di seluruh indonesia pada kadar kemampuan kami pada masa kini.

 

Kami juga menjemput Syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat,ngo-ngo lain serta individu untuk turut serta menyertai program Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H ini.

Maklumat Perbankan :

Anda juga boleh depositkan wang tunai ke dalam akaun bank Yayasan Ammirul Ummah melalui mesin CDM.

*Maybank: 563019271201
*CIMB Bank : 8603338218

 

Yayasan Ammirul Ummah (545667-X)
Lot 20200 Taman LG Utama,
Jalan Tengku Umar, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Tel: +6013 986 3106
Email: yayasanammirulummah@gmail.com

#Syaaban Bulan Kebajikan / Berwakaf/ Bersederkah / Berinfak
#Ramadan2021 / 1442H
#Ramadan Bulan Berwakaf
#Ramadan Bulan Kebajikan
#Wakaf Al-Quran Nusantara Ramadan 2021 / 1442H
#Gandakan Pahala Ramadan Kita
#Semoga Allah Ampuni Dosa-Dosa Kita dan Limpahi Pahala dan Kurnia
#Yayasan Ammirul Ummah
#Bersama Membuat Kebajikan dan Kebaikan
#Wakaf Al-Quran
#Wakaf Al-Quran Ramadan
#Wakaf Al-Quran Syaaban

 

Kita mungkin tak mampu nak hafal 30 Juz Quran. Tapi kita mampu bersedekah /infak/ wakaf wang dengan serendah RM1 untuk wakaf Al-Quran kepada pelajar tahfiz yang hafal 30 Juz.

Bayangkan sebuah Quran yang kita wakafkan, seorang pelajar Tahfiz membacanya berulang-ulang kali setiap hari dan menghafalnya serta mengajarkan al-quran yang mereka hafal kepada orang lain sepanjang hidup mereka.

Yang menariknya, kita cuma buat berwakaf sekali namun manfaatnya berpanjangan. Mungkin ada di kalangan kita yang mahu berwakaf secara tetap setiap hari,minggu atau bulan.Insyallah.Pahalanya berpanjangan mengiringi kita di alam barzakh dan di akhirat kelak. Insyallah.Betapa mudahnya kita boleh kumpul saham akhirat melalui wakaf al-quran Lillahi Ta’ala.

 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Mohd Kamal (+60139863106)

Yayasan Ammirul Ummah mengucapkan  setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan/puan yang menyumbang.

yayasan ammirul ummah - wakaf al-quranBarang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.
Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. – Surah Al Talaq  2-3

 

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa.

Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah.

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah. Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.

 

Kelebihan Bulan Syaaban

Syaaban ialah bulan dipenuhi beberapa kelebihan seperti dinyatakan dalam beberapa hasih sahih. Amalan kita diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT dalam bulan ini.

Usamah ibnu Zaid RA bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat tuan banyak berpuasa dalam sebulan seperti tuan berpuasa dalam Syaaban.” Baginda menjawab: “Syaaban itulah satu bulan yang sering diambil lewa kebanyakan manusia yang diapit Rejab dan Ramadan. Dia juga bulan yang diangkat di dalamnya segala amalan ke hadrat Tuhan sekalian alam. Maka aku sangat suka jika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.” (HR Ahmad dan Nasa’i)

Saidatina Aisyah menceritakan Rasulullah SAW melengkapkan puasa penuh sebulan di dalam Ramadan dan sangat banyak sekali berpuasa dalam Syaaban. (HR Bukhari dan Muslim)

Terlebih istimewa dengan adanya satu malam yang dikhaskan Allah SWT dengan tawaran pengampunan daripada Allah SWT. Malam itu dikenali sebagai malam separuh bulan Syaaban atau disebut malam Nisfu Syaaban.

Daripada Mu’az Jabal RA daripada Nabi SAW bersabda: Allah menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang masih bersengketa dan bertelagah. (HR Ibnu Hibban dan Tabarani)

Seorang sahabat Nabi SAW bernama ‘Ulbah Zaid Harithah RA, tatkala tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan kerana terlalu miskin ketika Nabi SAW menggalakkan sahabat menginfaqkan harta semampu yang ada, beliau mengatakan: Aku hanya mampu bersedekah dengan maruahku yang bermaksud beliau memaafkan semua kesalahan orang lain terhadapnya dan menggugurkan haknya terhadap orang itu. Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah kamu diterima.” (Kitab al-Isobah)

Tawaran pengampunan Allah

Maka apabila ditanya, apakah amalan terbaik pada malam itu? Jawapannya ialah saling maaf-memaafkan, merapatkan saf sesama Islam dan mencari titik perpaduan.

Umat Islam di negara ini wajib merebut tawaran pengampunan Allah SWT itu dengan mengukuhkan perpaduan sesama Islam dan mengusahakan perdamaian serta penyatuan sesama muslimin.

Inilah sunnah Rasulullah SAW. Baginda bersegera menyelesaikan masalah umat Islam hingga perpaduan dapat dikekalkan. Sahl ibnu Said RA menceritakan penduduk Quba’ berselisih faham hingga saling melemparkan batu sesama mereka. Lantas secara pantas Nabi SAW bersabda: “Pergilah kamu bersama-sama kami untuk mendamaikan mereka.” (HR Bukhari)

Pada masa sama, tidak salah menjalin hubungan dengan orang bukan Islam. Penilaian yang sepatutnya jelas di dalam minda umat Islam adalah jika orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang yang menolak Allah SWT sebagai Tuhan dan tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai rasul akhir zaman, apakah alasan untuk tidak boleh berbaik-baik dengan rakan-rakannya yang sama-sama beriman dengan Allah SWT, sama-sama mengakui Rasulullah SAW sebagai utusan Allah bahkan solat mengadap kiblat yang satu.

Mengusahakan penyatuan umat Islam ialah suruhan Allah dalam al-Quran. Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan antara manusia. Dan sesiapa berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Al-Nisa’: 114)

Perpaduan sesama Islam itu ialah tanda kasih-sayang Allah SWT kepada kita. Rahmatan lil Alamin dijelmakan dalam penyatuan sesama Islam, manakala mereka yang menolaknya, akan turut menolak konsep itu.

Firman Allah SWT yang diakhiri dengan perkataan ‘rahmah’ patut dihayati umat Islam: “Hanya sanya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan persaudaraan antara saudara kamu, bertakwalah mudah-mudahan kamu dirahmati” (Al-Hujurat :10)

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/557340/syaaban-bulan-pererat-persaudaraan