Sedekah Waktu Subuh


Jemput bersedekah subuh melalui aplikasi e-sedekah/ Yayasan Ammirul Ummah.masukkan jumlah yang anda mampu.

Sedekah Subuh: RM 10
Sedekah Subuh: RM 50
Sedekah Subuh: RM 100
Sedekah Subuh: RM 500
Sedekah Subuh: RM 1000
Clear

Mulakan hari anda dengan berinfak, bersedekah, beramal jariah dan berwakaf untuk mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.Biasakan diri untuk buat amalan sedekah subuh seawal pagi. Jadikannya sebagai rutian harian sebelum melakukan aktiviti harian anda walau dengan hanya RM1, Insyallah ianya adalah salah satu cara menjemput rezeki kurniaan Allah s.w.t

Menjadi insan yang dirahmati Allah adalah impian semua umat islam.Selain melakukan ibadat wajib,ibadat sunat seperti bersedekah/ infak/wakaf juga digalakkan. seperti mana tercatat di dalam al-quran:-

۞ لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan siapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keridhoan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” – Surah – An-Nisa Ayat 114

 

Maksudnya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah maha luas (karunia-Nya) lagi maha mengetahui. – Surah Al-Baqarah ayat 261

 

sedekah subuh yayasan ammirul ummah 2021 2022 2023 esedekah e-sedekah

APAKAH SEDEKAH SUBUH BERSAMA YAYASAN AMMIRUL UMMAH?
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan secara istiqomah selama 40 hari,insyallah akan tetap sampai ke akhir hayat. Bersedekahlah melalui aplikasi e-sedekah di mana sedekah anda akan disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan dan prorgam-program kebajikan anjuran Yayasan Ammirul Ummah, sebuah ngo kebajikan dan dakwah yang berdaftar di Malaysia.