Rajin baca al-Quran, petua Pak Adek panjang umur - wakaf al quran ummah wakaf al quran nusantara Yayasan Ammirul Ummah

Rajin baca al-Quran, petua Pak Adek panjang umur – e-Sedekah Yayasan Ammirul Ummah

Social Share

Kuala Krai: Membaca al-Quran dan rajin menunaikan solat sunat adalah amalan yang dilakukan warga emas dari Kampung Bahagia yang dipercayai usianya sudah mencecah lebih satu abad.

Mamat Mat Ali, 96, yang mempunyai tujuh anak berusia 35 hingga 65 tahun, 20 cucu, 50 cicit dan empat ciak juga mengamalkan minum air masak dan mengelakkan minum ais serta mengambil bahan berkarbonat selain mengandungi kimia.

Katanya, sehingga hari ini daya ingatannya juga sangat baik serta mampu mengingati satu persatu peristiwa ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

 

 

“Alhamdulillah, saya juga mempunyai penglihatan yang baik selain tidak menghidap penyakit kronik, kecuali masalah pendengaran yang kurang jelas hingga ada ketika saya minta orang yang ingin bercakap itu menguatkan suaranya.

“Biarpun kini berada di penghujung usia, saya tetap gagah menguruskan diri sendiri walaupun terpaksa mengengsot sejak dua tahun lalu untuk bergerak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bahagia, di sini, semalam.

Terdahulu Mamat menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce (3rdforce) yang diketuai pengasasnya Raja Shamri Raja Husin yang menyampaikan sumbangan barang keperluan asas untuk meringankan beban yang ditanggung.

Mamat yang lebih mesra dipanggil Pak Adek berkata, dalam usia yang sudah lanjut, masa yang ada hanya diisi dengan membaca al-Quran dan dalam sehari dia akan menghabiskan satu juzuk selain bangun di awal pagi untuk menunaikan solat sunat.

“Pada masa sama, saya juga mengajar mengaji anak-anak penduduk kampung dan walaupun mengalami masalah pendengaran, namun saya boleh mengetahui kesalahan hukum tajwid yang dibaca oleh mereka melalui pergerakan bibir,” katanya.

Sementara itu, anak bongsunya, Syukriah Mamat, 35 berkata, dia bersyukur walaupun ayahnya sudah berusia hampir satu abad, namun ingatannya masih baik serta tidak nyanyuk seperti sesetengah keadaan yang dialami orang lanjut usia.

“Di dalam kad pengenalan, usia ayah adalah 96 tahun, namun pada zaman dahulu penduduk hanya daftar sahaja untuk mendapatkan kad pengenalan diri, namun berdasarkan penceritaannya ketika zaman Jepun saya yakin usia ayah sebenarnya sudah lebih satu abad.

“Sebelum ini ayah mempunyai tiga orang isteri namun dua isterinya sudah meninggal dunia dan kini dia bersama isteri ketiganya, Sharifah Samad, 86, tinggal bersama saya sekeluarga,” katanya.

Katanya, walaupun ayah tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengengsot, namun segala-galanya dibuat sendiri tanpa bantuan orang lain untuk ke tandas dan mandi.

“Kami adik -beradik akan menjaga ayah dan ibu sebaik yang mungkin kerana mereka seperti mana mereka menjaga kami sebelum ini,” katanya.

Sumber:- HMetro Online

Kita mungkin tak mampu nak hafal 30 Juz Quran. Tapi kita mampu bersedekah /infak/ wakaf wang dengan serendah RM1 untuk wakaf Al-Quran kepada pelajar tahfiz yang hafal 30 Juz.

Bayangkan sebuah Quran yang kita wakafkan, seorang pelajar Tahfiz membacanya berulang-ulang kali setiap hari dan menghafalnya serta mengajarkan al-quran yang mereka hafal kepada orang lain sepanjang hidup mereka.

Yang menariknya, kita cuma buat berwakaf sekali namun manfaatnya berpanjangan. Mungkin ada di kalangan kita yang mahu berwakaf secara tetap setiap bulan dengan mewakafkan senaskah al-quran setiap bulan. Insyallah.Pahalanya berpanjangan mengiringi kita di alam barzakh dan di akhirat kelak. Insyallah.Betapa mudahnya kita boleh kumpul saham akhirat melalui wakaf al-quran Lillahi Ta’ala.

Yayasan Ammirul Ummah Projek Wakaf Al Quran Ummah Sedunia Malaysia Surah Al Hadid Ayat21

 

Firman Allah S.W.T: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah Al-Hadid , ayat 21)

Anda boleh terus bersedekah/infak/wakaf melalui aplikasi e-Sedekah ini (kemudahan fpx internet banking) atau depositkan wang tunai ke dalam akaun bank Yayasan Ammirul Ummah melalui mesin CDM.

*Maybank: 563019271201
*CIMB Bank : 8603338218

atau ONLINE DI E-SEDEKAH

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Mohd Kamal (+60139863106)

 

#WakafAlQuranUmmah
#WakafAlQuranNusantara
#YayasanAmmirulUmmah

 


Social Share

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *