Wakaf Infak Pembersihan Dan Baik Pulih (Maintenance) Masjid Yayasan Ammirul Ummah

Saya Wakaf Infak: RM 20
Saya Wakaf Infak: RM 50
Saya Wakaf Infak: RM 100
Saya Wakaf Infak: RM 300
Saya Wakaf Infak: RM 500
Saya Wakaf Infak: RM 1000
Saya Wakaf Infak: RM 2000
Saya Wakaf Infak: RM 3000
Saya Wakaf Infak: RM 5000
Clear

wakaf“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

Islam sangat menitikberatkan tentang soal kebersihan. Sebagai seorang manusia kebersihan itu merupakan suatu yang sangat fitrah. Manusia sangat sukakan kebersihan, kecantikan dan keindahan, hatta haiwan sekalipun akan ada perasaan dalam dirinya yang mahukan kebersihan kerana bersih itu adalah satu fitrah.

Marilah bersama Yayasan Ammirul Ummah untuk Wakaf dan Infak bagi program urusan pembersihan dan penjagaan (maintenance) masjid.Semoga jemaah/musafir yang singgah di masjid-masjid ini dapat manfaat sepenuhnya dari program mulia ini yang dijayakan dengan wakaf infak tuan/puan sekalian.Insyallah.

– Hand sanitizer & Face Mask untuk jemaah masjid
– Kerja-kerja Sanitasi Nyah-Kuman Virus Covid-19
– Pembersihan Tandas dan Tempat Ambil Wudhu
– Baiki lampu,kipas dan alat siaraya masjid
– Cat masjid
– Infak Bil Letrik dan Bil Air Masjid

Kami juga menjemput Jabatan-jabatan kerajaan,Syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat,syarikat multi nasional (MNC) dan GLC serta ngo-ngo lain serta individu untuk turut serta menyumbang untuk menjayakan program ini.

Maklumat Perbankan :

Anda juga boleh depositkan wang tunai ke dalam akaun bank Yayasan Ammirul Ummah melalui mesin CDM.

*Maybank: 563019271201
*CIMB Bank : 8603338218

 

Yayasan Ammirul Ummah (545667-X)
Lot 20200 Taman LG Utama,
Jalan Tengku Umar, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Tel: +6013 986 3106
Email: yayasanammirulummah@gmail.com

Laman Web: www.yayasanammirulummah.com

 

Senarai Masjid/Surau/Madrasah di bawah ProgramWakaf Infak Pembersihan Dan Baik Pulih (Maintenance) Masjid Yayasan Ammirul Ummah.

TERENGGANU:-

Masjid Abidin,Kuala Terengganu
Masjid Batu Rakit
Masjid Wakaf Tembesu
Masjid Kampung Seberang Takir

SELANGOR

 

PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN

Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita sama-sama mengukuh dan meningkatkan iman dan taqwa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Dengan berbekalkan iman dan taqwa, mudah-mudahan kita sentiasa selamat di dunia dan selamat di akhirat. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala terus menetapkan dan meningkatkan keimanan dan ketaqawaan kita hingga ke akhir hayat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Agama Islam adalah agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah soal menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan adalah sesuatu yang disukai Allah Subhanahu Wata’ala dan rasulNya sama ada menjaga kebersihan rohani mahupun jasmani, kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda:

Daripada Abu Malik Al-Ashari berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Kebersihan ini sebahagian daripada iman.

Sesungguh agama kita menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kerana kebersihan boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang terjamin dan kesejahteraan kepada kita semua.

Agama kita juga sangat mengambil berat tentang penjagaan kebersihan rohani lebih-lebih lagi kebersihan hati iaitu dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmunah seperti sifat marah, hasad dengki, kedekut, terlampau banyak makan, terlampau banyak cakap, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, ujub, takabur, riak dan sebagainya. Semua itu tidak dapat dihindarkan jika kita tidak berusaha untuk mensucikan hati nurani kerana dari hatilah punca segala penyakit zahir dan batin. Ketahuilah, setiap amalan baik dan bersih dari segi rohani dan jasmani adalah disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala kerana Allah Subhanahu Wata’ala menyukai hambaNya yang sentiasa mensucikan diri. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ

صدق الله العظيم

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Muslimin yang dirahmati Allah,

Menjaga kebersihan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita sama ada kebersihan diri sendiri, tempat tinggal, masjid-masjid, tempat-tempat awam dan tempat makan seperti restoran-restoran dan sebagainya. Ketahuilah, kita hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-tempat ibadah seperti masjid, surau atau balai ibadat sentiasa dalam keadaan bersih. Begitu juga dengan segala kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan seperti tandas atau bilik air. Selain itu tempat-tempat peranginan, tempat-tempat riadah, saliran-saliran, sungai-sungai dan lain-lain hendaklah dijaga supaya sentiasa dalam keadaan yang baik, kelihatan bersih, dan tidak pula dirosakkan oleh yang tidak bertanggungjawab.

Perlu disedari, bahawa pengabaian kebersihan boleh menyebabkan tersebarnya pelbagai penyakit denggi, kolera, cirit-birit, keracunan makanan dan sebagainya. Dengan mengabaikan kebersihan juga akan mengakibatkan suasana alam sekita yang tidak sihat dan udara yang tidak segar. Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini bermula dari rumah. Oleh itu, ibubapa hendaklah membimbing dan mengajar ahli keluarga tentang aspek kebersihan. Jadilah keluarga yang mementingkan kebersihan yang akhirnya akan menjadikan masyarakat yang mengutamakan kebersihan.

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik, perkara-perkara yang perlu kita hayati dan amalkan bersama adalah seperti berikut:

Pertama: Kita hendaklah mengamalkan kesedaran terhadap kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadah, tempat kerja dan seluruh tempat awam kerana agama kita mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan.

Kedua: Setiap individu hendaklah mendisiplinkan diri dalam memikul tanggungjawab menjaga kebersihan dan hendaklah memiliki sikap suka kepada kebersihan.

Ketiga: Mengamalkan budaya tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Amalkan sikap tidak camah mata jika ternampak kekotoran. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran.

Keempat: Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin seperti tong sampah, tong kitar semula dan tempat pembuangan sampah awam tanpa membiarkan sampah sarap dan kekotoran bertaburan merata-rata.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan bergotong-royong adalah satu amalan yang terpuji menjadi kebanggaan masyarakat sejak dahulu lagi. Akan tetapi amalan tersebut sudah semakin berkurang pada zaman sekarang disebabkan kesibukan bekerja, keluarga dan seumpamanya.

Alangkah banyaknya, amalan tersebut disemarakkan kembali. Sama-samalah kita mengamalkan sikap bantu-membantu dan bergotong-royong seperti membersihkan persekitaran rumah, masjid, tanah perkuburan orang-orang Islam, tempat riadah, peranginan dan juga tempat-tempat awam. Kita hendaklah mempunyai kesedaran dan tanggungjawab, janganlah mengharapkan pihak tertentu atau pekerja-pekerja sahaja yang melakukan pembersihan. Selain itu, amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kita dan masyarakat amnya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Maidah ayat 2:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ…

صدق الله العظيم

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan (melanggar hukum-hukum Allah Subhanahu Wata’ala).”

Akhirnya, sama-samalah kita menjaga kebersihan dalam kehidupan kita seharian sama ada kebersihan di tempat awam, tempat-tempat persendirian, tubuh badan mahupun kebersihan jiwa dan rohani. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala sentiasa menjadikan kita orang-orang yang sentiasa bertaubat, mensucikan diri dan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengerjakan amal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.

Surah Ash-Syams ayat 9-10:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا(9) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا(10)

صدق الله العظيم

“Sesungguhnya berjayalah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]

Bersama Kita Aminkan Doa-doa para penyumbang untuk wakaf,sedekah dan zakat Yayasan Ammirul Ummah. Doa-doa para pewakaf kami sudah sampaikan kepada para penerima wakaf,sedekah dan zakat bersama Yayasan Ammirul Ummah
Whatsapp Kami (+60173163106) jika anda ingin benarkan doa anda juga dipaparkan di sini.

Nama Pewakaf : NORSABARINA

Wakaf & Sedekah Untuk :
ALLAHYARHAM ABDUL HAMID BIN MAAN

Doa: –
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah


Nama Pewakaf : Hafizah

Doa: –
Semoga dikurniakan nikmat kesihatan dan dijauhkan penyakit yg pelik2.


Nama Pewakaf : sahir

Doa: –

semoga diberi kesembuhan pada ayah yg sedang, dan diberi kesihatan pada ibu yg srdang menjaganya.


Nama Pewakaf : Shahizan

Doa: –

Ampunkan dosa2 kedua ibubapa ku dan juga ampunkan dosa2 ku menjak ku dilahirkan shingga kini


Nama Pewakaf : sarimah

Doa: –

semoga di berikan kesihatan yg baik dan dimurakkn rezeki agar dpt dikongsi bersama2


Nama Pewakaf : SALMIZA BINTI GHAZALI

Wakaf & Sedekah Untuk :

Salamah Samurie dan Ghazali Amin
Doa: –

Saya berniat pahala wakaf ini ke atas kedua ibu bapa saya seperti nama di atas.


Nama Pewakaf : Muhd asyraf bin ramli

Wakaf & Sedekah Untuk :
Ramli bin omar

Doa: –

Berikanlah yg tbaik buat kedua ibubapa ku dan juga diriku ya Allah


Nama Pewakaf : Norafizawati bt Abd Ghafar

Doa: –

Ya Allah …Permudahkanlah segala urusanku didunia Dan diakhirat…aamiin…


Nama Pewakaf : Halimah Hassim

Wakaf & Sedekah Untuk :
Halimah binti Hassim,
Selihah binti Alik
Hassim bin Semat(Arwah ayah)

Doa: –

Ya Allah, Limpahkan Rahmat KasihMu buat ku & keluarga ku, selamat dunia akhirat. Permudahkan urusan kami d dunia, murahkan rezeki & anugerahkan kesihatan supaya dpt menghimpunkan amal ibadat utk bekalan d akhirat.


Nama Pewakaf : INTAN NUR SHAKILA BT ZAINUL ABIDIN

Doa: –

Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


Nama Pewakaf : Mohd Fuad bin Abd Jabar

Wakaf & Sedekah Untuk :
1. Abdul Jabar bin Hj Bakri
2. Jatnah binti Hj Achil
3. Mohd Fuad bin Abd Jabar

Doa: –

allah meletakkan kedua ibu bapa saya bersama roh orang2 beriman. Semoga allah mengahapuskan segala penakit yang ada pada kita saya amin..


Nama Pewakaf : Muhamad khairul hisyam

Wakaf & Sedekah Untuk :
Nurul afiqah binti samsulbahrin

Doa: –

Ya Allah ya tuhanku permudahkanlah segala urusan isteriku untuk bersalin ini, pelihara dan lindungilah mereka ya Allah ya tuhanku.. ampunkan lah dosa dosa kami ya Allah. Amin…


Nama Pewakaf : sharina

Wakaf & Sedekah Untuk :
(mama) : Labia @ bia binti onong
(bapa) : Lapodding(Dah meninggal)

Doa: –

saya berharap saya dapat bawa Mama saya dan keluarga saya ke mekkah sebelum menghembuskan nafas terakhir ..


Nama Pewakaf : Siti jamilah binti darus

Wakaf & Sedekah Untuk :
Siti jamilah binti darus
Nur aisyah damia binti muhd hafiz
Muhammad aqil naufal bin muhd hafiz
Darus bin osman
Che jam binti md daud
Haji daud bin haji isa
Osman bin rejab
Halimah binti haji awang
Muhd hafiz bin bakar

Doa: –

Semoga semua dilindungi dari sebarang penyakit dan pahala yang mengalir seperti air sungai yang tak putus putus mrngalir…aamiin,,


Nama Pewakaf : NUR HANIS HAZIQAH BINTI MOHD HASWADI

Doa: –

Semoga umi,ayah,adik,kakak,baby sentiasa dimurahkan rezeki.


Nama Pewakaf : MARIAH BINTI AHMAD

Doa: –

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.” Aamiin.


Nama Pewakaf : Norlizawati Binti Ayob

Wakaf & Sedekah Untuk :

1. Arwah Seti Saodah Binti Hasim
2. Arwah Ayob Bin Md Karim
3. Arwah Haron Bin Husin
4. Arwah Farah Binti Ayob
4. Itam Binti Mat Piah
5. Mohamad Sabarudin Bin Haron
6. Norlizawati Binti Ayob

Doa: –

“Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Aku mohon ampunan-Mu. Aku bertobat kepada-Mu.”


Nama Pewakaf : Rosasliza Binti Amat

Wakaf & Sedekah Untuk :

Rosiah Binti Sampol
Rosnita Binti Amat
Rosasliza Binti Amat

Doa: –

-Doakan semoga ibu saya Rosiah Binti Sampol dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kuat,dikurniakan kesembuhan tumit kaki agar dapat berjalan dengan lancar,dikurniakan daya pendengaran yang jelas,penglihatan yg baik dan jelas dan dijauhi dari gangguan saka,jin & syaitan yg direjam.
-Doakan akak saya Rosnita Binti Amat dikurniakan kesembuhan dari penyakit mental skizofernia.


Nama Pewakaf : Mohd khayrul bin mat napis

Wakaf & Sedekah Untuk :
Mat napis bin mad amin dan roshaini binti jaafar. Dan saya sendiri

Doa: –

Sy memohon semoga ahli keluarga saya dijauhi dari wabak.penyakit membahaya.dan Allah melimpahkan rezeki pada usaha isteri saya utk memajukan bisness.


Nama Pewakaf : Mohammad Faisal bin Md Esa

Wakaf & Sedekah Untuk :

Allayarham Md Esa bin Kassim

Doa: –

Semoga dipermudahkan urusan semua manusia sama ada yg hidup atau yg sudah meninggal dunia


Nama Pewakaf : SITI RUBIAH BINTI OSMAN

Wakaf & Sedekah Untuk :

SITI RUBIAH BINTI OSMAN
NORASIAH BINTI SABRAN
HJ. OSMAN BIN BUDIN
HJ.JAMRAH BINTI MAT TAROH

Doa: –

Semoga dengan sedikit amalan ini akan menyenangkan kehidupan Di dunia Dan akhirat kelak


Nama Pewakaf : Siti Hadijah Binti Suratman

Wakaf & Sedekah Untuk :

Masnijah Binti Muhamad

Doa: –

Sesungguhnya Aku berwakaf atas nama Allah taala, smoga Allah berikan Kesihatan yang baik kepada ibu ku Masnijah Binti Muhamad


Nama Pewakaf : MD PARIZAL JAMIAN

Wakaf & Sedekah Untuk :

Allahyarhamah Fatimah Binti Abdul Kadir
Allahyarham Jamian Bin Ijan

Doa: –

Semoga kedua ibu bapa saya yg telah meninggal dunia ini dimasukkan di dalam syurga tanpa hisab


Nama Pewakaf : nurul Shahieda

Wakaf & Sedekah Untuk :

Allahyarhamah Rokiah binti shariff

Doa: –

Semoga arwah mama ditempatkan dikalangan orang yg beriman..semoga kami sekeluarga berjumpa di syurga firdausi