RAYUAN SUMBANGAN DANA BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE (PDPR)

BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE: RM30
BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE: RM50
BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE: RM100
BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE: RM500
BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE: RM1000
Clear

 

yayasan ammirul ummah - imbnet“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta kamu yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan, Maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. (Surah Ali Imran, ayat;92)

Kami memerlukan bantuan anda untuk menyediakan Smartfon (low spec) bagi diedarkan kepada pihak yang memerlukan (rumah-rumah anak yatim, keluarga miskin) bagi tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) anak-anak sekolah rendah dan menengah belajar secara online di waktu pandemic covid-19 ini.

RAYUAN SUMBANGAN DANA BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE (PDPR) YAYASAN AMMIRUL UMMAH MALAYSIA

Berita Berkaitan:-

Adik-beradik kongsi 1 telefon pintar belajar dalam talian ketika PKP

Tiada pilihan lain selain perlu menunggu giliran dengan adik-beradik lain untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam talian dengan hanya menggunakan satu telefon pintar sepanjang sesi persekolahan ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).- https://www.malaysiakini.com/news/522613

 

Jangankan nak beli data, makan pun susah, keluh ibu

Jangankan kemampuan untuk membeli data, kemampuan untuk membeli barangan makanan pun ada keluarga yang menghadapi kesukaran sekarang ini.

Begitulah masalah yang menampakkan wujud jurang digital dalam pengajaran atas talian. Hal ini dijelaskan ibu bapa ketika diminta berkongsi pengalaman menjadi guru interim sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagi suri rumah Jumiati Ilyas, 42 tahun, hidup sewaktu tempoh PKP memerlukan beliau melakukan penjimatan dan hanya memberi keutamaan kepada keperluan asas keluarga sahaja.

Disebabkan langkah penjimatan itu banyak benda yang terpaksa dikorbankan Jumiati, ini termasuk langganan produk jalur lebarnya.

Bagaimanapun, langkah tersebut memberi kesan kepada anak-anaknya dalam meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian yang disarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tempoh PKP yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu itu.

Risau makan-minum anak

“Saya sedar keperluan anak-anak untuk belajar di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Namun dengan kemampuan yang kami ada dengan suami yang tak boleh keluar bekerja memerlukan saya bertindak sedemikian. – https://www.malaysiakini.com/news/520468

 

Tiga beradik kongsi satu telefon ikuti PdPR

RAWANG – Tiga beradik terpaksa berkongsi satu telefon bagi mengikuti kelas secara dalam talian bagi sesi persekolahan 2021 yang bermula pada Rabu.

Keadaan itu dikongsikan ibu mereka, Nor Munirah Mohd Nadzie, 37, yang merupakan antara golongan yang menghadapi kekangan membiasakan diri dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Nor Munirah berkata, tiga anaknya termasuk seorang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tiada pilihan terpaksa bergilir-gilir mengikuti kelas pada sesi pagi kerana mempunyai hanya satu telefon.

“Saya terpaksa maklumkan pada guru yang anak saya terpaksa keluar dari kelas online bagi memberikan anak-anak yang lain mengikuti kelas secara giliran.

“Ini menyebabkan anak-anak banyak ketinggalan pelajaran.

Sumber:- https://www.sinarharian.com.my/article/120309/EDISI/Tiga-beradik-kongsi-satu-telefon-ikuti-PdPR

 

 

60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

SHAH ALAM – Penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Puchong di sini terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit bagi mengikuti hari pertama sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengurusnya, Norhayati Wan Abib ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu turut mengakui berdepan cabaran besar dalam memastikan semua 60 penghuni mereka yang masih bersekolah dapat mengikuti sesi PdPR itu.

Norhayati berkata, pihaknya juga telah membuat persiapan awal dan turut menerima jadual daripada guru setiap penghuni mereka yang kebanyakannya merupakan anak yatim.

“Kami terpaksa mengumpulkan telefon saya, suami, anak dan kakitangan di sini untuk digunakan oleh murid dan pelajar bagi mengikuti PdPR.

“Pada masa ini, hanya ada 10 telefon yang digunakan untuk mengikuti PdPR ini dan mereka perlu berkongsi kemudahan itu buat sementara waktu,”

Sumber:- https://www.sinarharian.com.my/article/120064/EDISI/60-penghuni-terpaksa-kongsi-telefon-untuk-PdPR

 

Yayasan Ammirul Ummah Projek Wakaf Al Quran Ummah Sedunia Malaysia Surah Al Hadid Ayat21

 

Firman Allah S.W.T: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah Al-Hadid , ayat 21)

 

Anda boleh terus bersedekah/infak/wakaf melalui aplikasi e-Sedekah ini (kemudahan fpx internet banking) atau depositkan wang tunai ke dalam akaun  bank Yayasan Ammirul Ummah melalui mesin CDM.

*Maybank: 563019271201
*CIMB Bank : 8603338218

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Mohd Kamal (+60139863106)

 

KEMPEN-KEMPEN KEBAJIKAN ANJURAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH YANG LAIN.

 

TABUNG BENCANA YAYASAN AMMIRUL UMMAH

WAKAF AL-QURAN UMMAH

 

SUMBANGAN DANA BANTU PELAJAR BELAJAR ONLINE (PDPR)

Kami memerlukan bantuan anda untuk menyediakan Smartfon (low spec) bagi diedarkan kepada pihak yang memerlukan (rumah-rumah anak yatim, keluarga miskin) bagi tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) anak-anak sekolah rendah dan menengah belajar secara online di waktu pandemic covid-19 ini. Jom berwakaf /infak/sedekah,sila masukkan jumlah sumbangan semampu anda boleh di bawah dan tekan butang Infak/Sedekah di bawah.

 

Category