Sedekah Waktu Malam Sebelum Tidur

Sedekah Malam: RM30
Sedekah Malam: RM 50
Sedekah Malam: RM 100
Sedekah Malam: RM 1000
Sedekah Malam: RM 3000
Clear

Surah-Al-Munafiqun--yayasan-ammirul-ummah---infak-sedekah-wakaf

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Sesiapapun tidak tahu bila dirinya akan dipanggil mengadap Allah Rabbul Jalil.Sebelum tidur atau selepas bangkit dari tidur.Malah ramai yang kembali ke alam baqa ketika enak lena tidur di atas tilam empuk.Malah ramai yang tidak sempat mewasiatkan harta benda mereka kepada yang tersayang,khasnya bahagian empunya diri untuk bekalan di akhirat kelak.

 

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. – Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi

Firman Allah SWT:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah (solat tahajjud) padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan serta menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Al-Isra’: 79)

Berdasarkan kepada soalan di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan terlebih dahulu hadith yang dimaksudkan iaitu berkaitan waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT pada waktu malam. Daripada Jabir bin Abdillah RA berkata, Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ، يَسْأَلُ اللهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
“Sesungguhnya pada satu malam ada satu waktu, tidaklah seorang Muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah SWT akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam.” [Riwayat Muslim (757)]

7 Nasihat Dari Kubur

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR’AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah “LAILAHAILALLAH”..

 

 

Malam Pertama di Alam Barzakh

SETELAH tibanya saat kita kembali menghadap Allah SWT, perkara yang perlu diingati ialah jasad sudah tiada lagi nilainya lagi walaupun semasa hayat kita banyak masa dan wang ringgit dihabiskan demi menjaga jasad kita ini. Hakikatnya pada ketika itu, walaupun jasad sudah tidak mampu bergerak tetapi sebenarnya roh akan terus melalui perjalanan menuju ke suatu masa yang paling penting dalam kehidupan. Sekiranya berjaya melalui alam barzakh dengan berada di dalam taman-taman syurga, maka ia merupakan satu kenikmatan kepada kita. Tetapi sebaliknya jika kematian kita penuh dengan fitnah dan azab, maka kita akan menjadi manusia yang penuh dengan kekecewaan.

Menurut perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui segmen Mau’izati di IKIMfm pada hari Khamis, jam 5.15 petang, pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, jasad akan mulai busuk dan bahagian badan yang pertama mengalaminya ialah di bahagian perut dan kemaluan. Kemudian jasad akan mula berubah warna menjadi hijau dan cenderong menjadi lebih gelap. Malam berikutnya, seluruh organ dalaman seperti paru-paru, hati dan limpa mula menjadi busuk. Pada malam ketiga berada di dalam barzakh, segala lendiran dan cecair akan mula keluar dari mata dan telinga, malah jasad akan semakin berbau busuk. Sehinggalah tiba hari ke tujuh hingga ke sepuluh, tubuh membengkak dan sangat busuk serta mula di datangi ulat-ulat.

Setelah dua minggu, jasad dipenuhi ulat-ulat dan dimakan cacing. Dalam tempoh enam bulan, sudah tiada lagi segala isi dan daging, yang tinggal hanyalah tulang dan rangka pada jasad. Tetapi para nabi, syuhada dan orang-orang yang salih termasuk di kalangan mereka yang menghafaz al-Quran diberikan keistimewaan oleh Allah SWT. Sehinggalah pada tempoh 25 tahun setelah meninggal dunia, nama kita sudah tidak lagi disebut-sebut dan apa yang tinggal hanyalah tulang kecil dari bahagian punggung. Kita akan dibangkitkan pada hari akhirat kelak daripada  tulang sekecil itu.

Bermula sejak diturunkan jasad ke liang lahad, setiap roh akan melalui suasana yang berbeza di antara satu sama lain bergantung kepada amalannya ketika hidup di dunia dahulu. Sebagai orang mukmin, perkara pertama yang akan dilalui ialah himpitan kubur yang tidak akan ada sesiapa pun akan terlepas daripada mengalaminya, kemudian melihat malaikat yang berwarna hitam kebiru-biruan iaitu Mungkar dan Nakir berada di hujung kaki. Jasad mula diletakkan sama dengan tanah dan akan kedengaran suara yang menyebut: “Selamat datang wahai hamba Allah, kamu akan lihat bagaimana akan aku lakukan kepada kamu sebentar lagi.” Kalimah ini benar-benar mengejutkan sehingga menyebabkan kita tercari-cari dari manakah datangnya suara itu, sedangkan ia sebenarnya datang daripada tanah tempat kita disemadikan.

Apabila jenazah mula ditutup, datang pula malaikat Roman meminta si mati menulis semua amalan baik dan buruk yang telah dilakukan ketika hidup di dunia dengan menggunakan cebisan kain kapan, lalu segala catatan itu akan digantung pada leher si mati. Setelah itu datang pula malaikat Mungkar dan Nakir yang mula menghalau segala amalan solat, puasa dan zakat yang berada di sekitar si mati untuk menghalang kedua-dua malaikat daripada memulakan sesi soal jawab kepada si mati. Tetapi hanya al-Quran sahaja yang mampu menjadi pelindung kepada kita pada saat itu.

Berdasarkan kitab karangan Imam Qurtubi dan Imam Jalaluddin al-Suyuti, soal jawab oleh malaikat Mungkar dan Nakir adalah berbeza kepada setiap manusia berdasarkan amalan ketika hidup di dunia. Ada yang disoal tentang Rasulullah SAW sahaja dan apabila dia mampu menjawabnya dia akan terlepas daripada soalan-soalan yang lain. Oleh itu berusahalah untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW dan beriman dengan apa yang dibawa Baginda. Setelah ditanya tentang Rasulullah dan mampu dijawab oleh si mati, lalu malaikat akan terus menunnjukkan tempatnya di dalam neraka Allah.  Tetapi oleh kerana Allah tetapkan hati orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang tegas di dalam dirinya dan mampu menjawab pertanyaan daripada malaikat, lalu diperlihatkan di sebelah kirinya syurga Allah dan ditukarkan tempatnya untuk berada di dalam syurga Allah SWT.

Ada juga di kalangan manusia akan disoal tentang siapakah tuhan kamu? Apabila dijawab: “Allah tuhanku”, keadaannya kuburnya akan terus berubah. Malah ada yang diajukan soalan yang panjang, siapakah tuhan kamu, siapa nabimu, apakah agamamu, di manakah kiblatmu, dan soalan-soalan lain yang menyebabkan dia akhirnya gagal menjawab soalan-soalan tersebut. Rasulullah SAW berpesan, mereka yang banyak diajukan soalan oleh malaikat nanti, pasti dia akan diazab dan didakwa di dalam kubur sebelum diadili di padang Mahsyar kelak.

Walaupun ketika hidup di dunia, si mati adalah orang-orang yang sentiasa mengerjakan amalan-amalan salih, tetapi   diajukan banyak soalan oleh malaikat Mungkar dan Nakir, kerana menurut Ibn Qayyum Rahimallah di dalam kitabnya al-Ruh, ada perkara-perkara tertentu yang pernah dilakukan.  Perkara pertama ialah orang yang cuai terhadap solat, menangguh-nangguhkan waktu untuk mendirikan solat atau tidak menjaga solat dengan sempurna. Kedua ialah golongan yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya, ketiga, kerana tidak memastikan diri suci daripada hadas kecil. Golongan keempat ialah mereka yang sentiasa berbohong, kelima, tidak membayar zakat, seterusnya ialah golongan yang suka membazir, memakan riba, terlibat dengan rasuah, memfitnah sesama muslim dan tidak amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.

Bayangkan jika kita kembali menghadap Allah SWT di dalam keadaan sentiasa melakukan kemaksiatan, sudah tentunya pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, kita sudah tiada kekuatan dan kelebihan, roh berada di awang-awangan sehinggalah selesai urusan soal jawab di dalam kubur. Beruntunglah jika kita mampu menjawab dengan lancar segala soalan yang diajukan, pada ketika itulah kubur akan dilapangkan dan sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW, Allah SWT akan memperlihatkan kepada kita keadaan terbenamnya mentari pada hari tersebut dan kita terpaku melihat suasana pada ketika itu.

 

Yayasan Ammirul Ummah membuka peluang untuk seluruh umat islam beramal jariah bersedekah, berinfak dan berwakaf  24 jam sehari siang dan malam melalui Aplikasi Portal E-Sedekah ini.

Sedekah,Infak,Wakaf anda akan disalurkan terus ke program-program amal  kebajikan anjuran Yayasan Ammirul Ummah.Insyallah inilah saham akhirat anda.

 

 

 

 

Rating

[elfsight_countdown_timer id=”1″]
Sesiapapun tidak tahu bila dirinya akan dipanggil mengadap Allah Rabbul Jalil.Sebelum tidur atau selepas bangkit dari tidur.Malah ramai yang kembali ke alam baqa ketika enak lena tidur.Jemput bersedekah,infak sebelum tidur.

Bersama Kita Aminkan Doa-doa para penyumbang untuk wakaf,sedekah dan zakat Yayasan Ammirul Ummah. Doa-doa para pewakaf kami sudah sampaikan kepada para penerima wakaf,sedekah dan zakat bersama Yayasan Ammirul Ummah
Whatsapp Kami (+60173163106) jika anda ingin benarkan doa anda juga dipaparkan di sini.

Nama Pewakaf : NORSABARINA

Wakaf & Sedekah Untuk :
ALLAHYARHAM ABDUL HAMID BIN MAAN

Doa: –
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah


Nama Pewakaf : Hafizah

Doa: –
Semoga dikurniakan nikmat kesihatan dan dijauhkan penyakit yg pelik2.


Nama Pewakaf : sahir

Doa: –

semoga diberi kesembuhan pada ayah yg sedang, dan diberi kesihatan pada ibu yg srdang menjaganya.


Nama Pewakaf : Shahizan

Doa: –

Ampunkan dosa2 kedua ibubapa ku dan juga ampunkan dosa2 ku menjak ku dilahirkan shingga kini


Nama Pewakaf : sarimah

Doa: –

semoga di berikan kesihatan yg baik dan dimurakkn rezeki agar dpt dikongsi bersama2


Nama Pewakaf : SALMIZA BINTI GHAZALI

Wakaf & Sedekah Untuk :

Salamah Samurie dan Ghazali Amin
Doa: –

Saya berniat pahala wakaf ini ke atas kedua ibu bapa saya seperti nama di atas.


Nama Pewakaf : Muhd asyraf bin ramli

Wakaf & Sedekah Untuk :
Ramli bin omar

Doa: –

Berikanlah yg tbaik buat kedua ibubapa ku dan juga diriku ya Allah


Nama Pewakaf : Norafizawati bt Abd Ghafar

Doa: –

Ya Allah …Permudahkanlah segala urusanku didunia Dan diakhirat…aamiin…


Nama Pewakaf : Halimah Hassim

Wakaf & Sedekah Untuk :
Halimah binti Hassim,
Selihah binti Alik
Hassim bin Semat(Arwah ayah)

Doa: –

Ya Allah, Limpahkan Rahmat KasihMu buat ku & keluarga ku, selamat dunia akhirat. Permudahkan urusan kami d dunia, murahkan rezeki & anugerahkan kesihatan supaya dpt menghimpunkan amal ibadat utk bekalan d akhirat.


Nama Pewakaf : INTAN NUR SHAKILA BT ZAINUL ABIDIN

Doa: –

Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


Nama Pewakaf : Mohd Fuad bin Abd Jabar

Wakaf & Sedekah Untuk :
1. Abdul Jabar bin Hj Bakri
2. Jatnah binti Hj Achil
3. Mohd Fuad bin Abd Jabar

Doa: –

allah meletakkan kedua ibu bapa saya bersama roh orang2 beriman. Semoga allah mengahapuskan segala penakit yang ada pada kita saya amin..


Nama Pewakaf : Muhamad khairul hisyam

Wakaf & Sedekah Untuk :
Nurul afiqah binti samsulbahrin

Doa: –

Ya Allah ya tuhanku permudahkanlah segala urusan isteriku untuk bersalin ini, pelihara dan lindungilah mereka ya Allah ya tuhanku.. ampunkan lah dosa dosa kami ya Allah. Amin…


Nama Pewakaf : sharina

Wakaf & Sedekah Untuk :
(mama) : Labia @ bia binti onong
(bapa) : Lapodding(Dah meninggal)

Doa: –

saya berharap saya dapat bawa Mama saya dan keluarga saya ke mekkah sebelum menghembuskan nafas terakhir ..


Nama Pewakaf : Siti jamilah binti darus

Wakaf & Sedekah Untuk :
Siti jamilah binti darus
Nur aisyah damia binti muhd hafiz
Muhammad aqil naufal bin muhd hafiz
Darus bin osman
Che jam binti md daud
Haji daud bin haji isa
Osman bin rejab
Halimah binti haji awang
Muhd hafiz bin bakar

Doa: –

Semoga semua dilindungi dari sebarang penyakit dan pahala yang mengalir seperti air sungai yang tak putus putus mrngalir…aamiin,,


Nama Pewakaf : NUR HANIS HAZIQAH BINTI MOHD HASWADI

Doa: –

Semoga umi,ayah,adik,kakak,baby sentiasa dimurahkan rezeki.


Nama Pewakaf : MARIAH BINTI AHMAD

Doa: –

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.” Aamiin.


Nama Pewakaf : Norlizawati Binti Ayob

Wakaf & Sedekah Untuk :

1. Arwah Seti Saodah Binti Hasim
2. Arwah Ayob Bin Md Karim
3. Arwah Haron Bin Husin
4. Arwah Farah Binti Ayob
4. Itam Binti Mat Piah
5. Mohamad Sabarudin Bin Haron
6. Norlizawati Binti Ayob

Doa: –

“Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Aku mohon ampunan-Mu. Aku bertobat kepada-Mu.”


Nama Pewakaf : Rosasliza Binti Amat

Wakaf & Sedekah Untuk :

Rosiah Binti Sampol
Rosnita Binti Amat
Rosasliza Binti Amat

Doa: –

-Doakan semoga ibu saya Rosiah Binti Sampol dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kuat,dikurniakan kesembuhan tumit kaki agar dapat berjalan dengan lancar,dikurniakan daya pendengaran yang jelas,penglihatan yg baik dan jelas dan dijauhi dari gangguan saka,jin & syaitan yg direjam.
-Doakan akak saya Rosnita Binti Amat dikurniakan kesembuhan dari penyakit mental skizofernia.


Nama Pewakaf : Mohd khayrul bin mat napis

Wakaf & Sedekah Untuk :
Mat napis bin mad amin dan roshaini binti jaafar. Dan saya sendiri

Doa: –

Sy memohon semoga ahli keluarga saya dijauhi dari wabak.penyakit membahaya.dan Allah melimpahkan rezeki pada usaha isteri saya utk memajukan bisness.


Nama Pewakaf : Mohammad Faisal bin Md Esa

Wakaf & Sedekah Untuk :

Allayarham Md Esa bin Kassim

Doa: –

Semoga dipermudahkan urusan semua manusia sama ada yg hidup atau yg sudah meninggal dunia


Nama Pewakaf : SITI RUBIAH BINTI OSMAN

Wakaf & Sedekah Untuk :

SITI RUBIAH BINTI OSMAN
NORASIAH BINTI SABRAN
HJ. OSMAN BIN BUDIN
HJ.JAMRAH BINTI MAT TAROH

Doa: –

Semoga dengan sedikit amalan ini akan menyenangkan kehidupan Di dunia Dan akhirat kelak


Nama Pewakaf : Siti Hadijah Binti Suratman

Wakaf & Sedekah Untuk :

Masnijah Binti Muhamad

Doa: –

Sesungguhnya Aku berwakaf atas nama Allah taala, smoga Allah berikan Kesihatan yang baik kepada ibu ku Masnijah Binti Muhamad


Nama Pewakaf : MD PARIZAL JAMIAN

Wakaf & Sedekah Untuk :

Allahyarhamah Fatimah Binti Abdul Kadir
Allahyarham Jamian Bin Ijan

Doa: –

Semoga kedua ibu bapa saya yg telah meninggal dunia ini dimasukkan di dalam syurga tanpa hisab


Nama Pewakaf : nurul Shahieda

Wakaf & Sedekah Untuk :

Allahyarhamah Rokiah binti shariff

Doa: –

Semoga arwah mama ditempatkan dikalangan orang yg beriman..semoga kami sekeluarga berjumpa di syurga firdausi