Sedekah Waktu Subuh dan Dhuha

Sedekah Subuh: RM 10
Sedekah Subuh: RM 50
Sedekah Subuh: RM 100
Sedekah Subuh: RM 500
Sedekah Subuh: RM 1000
Clear

Surah Al Baqarah Ayat 261 Esedekah Sedekah Infak Infaq Wakaf Yayasan Ammirul Ummah Wakaf Quran Wakaf Bina Masjid Sedekah Subuh & Sedekah Dhuha

Maksudnya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah maha luas (karunia-Nya) lagi maha mengetahui. – Surah Al-Baqarah ayat 261

Mulakan hari anda dengan berinfak, bersedekah, beramal jariah dan berwakaf untuk mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.Biasakan diri untuk buat amalan sedekah subuh seawal pagi atau waktu dhuha. Jadikannya sebagai rutian harian sebelum melakukan aktiviti harian anda walau dengan hanya RM1, Insyallah ianya adalah salah satu cara menjemput rezeki kurniaan Allah s.w.

 

Menjadi insan yang dirahmati Allah adalah impian semua umat islam.Selain melakukan ibadat wajib,ibadat sunat seperti bersedekah/ infak/wakaf juga digalakkan. seperti mana tercatat di dalam al-quran:-

۞ لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan siapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keridhoan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” – Surah – An-Nisa Ayat 114

 
Sedekah Subuh Dan Sedekah Dhuha AMALAN DOA SUBUH - SEDEKAH SUBUH | SEDEKAH DHUHA HARIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
AMALAN DOA SUBUH – SEDEKAH SUBUH | SEDEKAH DHUHA HARIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SEDEKAH SUBUH DHUHA – YAYASAN AMMIRUL UMMAH

 

APAKAH SEDEKAH SUBUH & DHUHA BERSAMA YAYASAN AMMIRUL UMMAH?
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan secara istiqomah selama 40 hari,insyallah akan tetap sampai ke akhir hayat. Bersedekahlah melalui aplikasi e-sedekah di mana sedekah anda akan disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan dan prorgam-program kebajikan anjuran Yayasan Ammirul Ummah, sebuah ngo kebajikan dan dakwah yang berdaftar di Malaysia.

<<– JEMPUT WAKAF AL-QURAN (SILA KLIK DI SINI  ->>>

WAKAF AL-QURAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH - WAKAF QURAN - WAKAF QURAN MALAYSIA - WAKAF QURAN INDONESIA - WAKAF QURAN BRUNEI - WAKAF AL-QURAN UMMAH
WAKAF AL-QURAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH – WAKAF QURAN

Tuan,Puan yang dirahmati Allah,sebanyak lebih 200 ribu naskah al-quran diperlukan di madrasah, tahfiz-tahfiz,masjid-masjid,pondok-pondok,sekolah-sekolah di seluruh pelosok indonesia yang bekeluasan 1.905 juta km² dengan penduduk islam berjumlah lebih 200 Juta orang di dalam Wakaf Al-Quran Nusantara 2021 / 1443H anjuran Yayasan Ammirul Ummah.

Program Wakaf Al-Quran Ummah dan Program Wakaf Al-Quran Nusantara 1443H/ 2021 di bawah kelolaan Yayasan Ammirul Ummah membuka peluang kepada seluruh umat islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk bersedekah,infak berwakaf tunai bagi membolehkan kami mencetak dan mengedarkan 200 ribu naskah al-quran di seluruh indonesia pada kadar kemampuan kami pada masa kini.

Kami juga menjemput orang perseorangan,para peniaga dan usahawan,para hartawan,Jabatan-jabatan kerajaan,Syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat,ngo-ngo, mana mana persatuan dan kelab untuk turut serta membuat penajaan program Wakaf Al-Quran Ummah Nusantara 2021 / 1443H ini.

Boleh mohon borang pendaftaran dan kertas kerja cadangan penajaan (sponsorship paperwork proposal) dari kami Yayasan Ammirul Ummah, Email : yayasanammirulummah@gmail.com atau hubungi kami di talian +6013 986 3106 (sms/call/whatsapp)

Anda juga boleh depositkan wang tunai ke dalam akaun bank Yayasan Ammirul Ummah melalui mesin CDM/Online Banking.Sumbangan melalui cek juga diterima. Nombor akaun bank adalah seperti di bawah:-

*Maybank: 563019271201
*CIMB Bank : 8603338218

 

Cara wakaf quran - bayaran ke Akaun Bank Maybank Islamic Yayasan Ammirul Ummah Wakaf Al Quran Nusantara Wakaf Al Quran Ummah

doa nabi muhammad yayasan ammirul ummah - wakaf quran - wakaf al-quran - sedekah -infak - wakaf - sedekah subuh - sedekah jumaat

Sedekah pembuka pintu rezeki

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa.

Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah.

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah. Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.

Contohnya, jadikan amalan setiap kali pergi ke masjid, sebelum atau selesai solat kita derma dalam tabung masjid. Walaupun jumlah atau nilainya sedikit namun kesusahan kita mengeluarkan itu yang dinilai Allah.

Dalam satu hadis menerangkan, manusia jika mereka biasa bersedekah walaupun dengan sedikit kurma, ia mampu menghalang wajahnya daripada dibakar api neraka.

Selain itu, apabila berada dalam keadaan bersedih juga kita mencari peluang untuk bersedekah. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kegembiraan pada hati kita yang berdukacita itu.

Lihat bagaimana kisah Asma’ binti Abu Bakar iaitu anak sahabat karib Nabi SAW, Abu Bakar As-Siddiq. Beliau terkenal dengan sifat pemurah walaupun dirinya dalam keadaan tidak berkemampuan.

Meskipun bapanya ahli perniagaan yang kaya raya, namun selepas berhijrah ke Madinah, Abu Bakar tidak meninggalkan sebarang harta buat keluarganya.

Begitu juga dengan suami Asma’, Zubair bin Awwam. Beliau seorang yang sangat dihormati dan berjaya juga dalam perniagaan. Namun, seluruh harta yang dimiliki turut diinfakkan di jalan Allah. Kemurahan hati dan sifat dermawan itu akhirnya turut mengalir dan sebati dalam diri Asma’.

Diriwayatkan dari Qasim bin Muhammad, “Aku mendengar Ibnu Zubair berkata, ‘Tidak pernah aku melihat seorang wanita pun yang lebih murah hati dari Aisyah dan Asma’.

Dalam hadis riwayat Bukhari ada diceritakan, pada satu ketika Asma’ datang kepada Rasulullah kemudian dia bertanya, “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai apa pun selain yang dibawa pulang Zubair, apakah aku harus bersedekah?”

Kemudian Rasulullah menyuruh Asma’ bersedekah dan tidak menyimpan hartanya. Kisah kemurahan hati Asma’ binti Abu Bakar itu sepatutnya dijadikan contoh buat diri kita.

Jika hendak melakukan sesuatu kebaikan seperti bersedekah, jangan terlalu banyak berfikir atau berkira untuk melaksanakannya kerana amalan itu sebenarnya sangat dekat dengan nilai ketakwaan.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, walaupun pada awalnya dilihat begitu sukar, jika dilakukan pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan.

 

KUMPUL PAHALA KETIKA MASIH HIDUP

 

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠) فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلا أَنْسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلا يَتَسَاءَلُونَ (١٠١) فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٢) وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ (١٠٣) تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ (١٠٤)

Antara yang akan berlaku hari pertama buat manusia yang ‘berpindah’ ke alam barzakh adalah mereka akan mengulang-
ulang kata: “Wahai Allah, kembalikan aku hidup di dunia.”

Golongan itu menyesal kerana tidak sempat beramal soleh ketika diberikan peluang oleh Allah SWT ketika hayatnya di dunia. Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Surah al-Mu’minuun, ayat 99)

Bagaimanapun, Allah SWT menyatakan perkara itu tidak sama sekali akan berlaku. Tidak ada sesiapa pun yang berada di alam barzakh dapat dikembalikan sehinggalah mereka dibangkitkan semula pada hari akhirat.

Seperti dinyatakan dalam Surah al-Mu’minuun, ayat 100 yang bermaksud: “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia saja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW memegang bahuku lalu berkata, ‘Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau perantau.’”

Kemudian Ibnu Umar berkata: “Sekiranya kamu berada pada waktu petang, kamu jangan mengharap hidup sampai pagi hari. Sekiranya kamu berada pada waktu pagi, kamu jangan menantikan waktu petang. Gunakan masa sihatmu sebagai bekalan pada masa sakitmu dan masa hidupmu untuk kematianmu.” (Hadis Bukhari)

Sementara masih bernafas di muka bumi allah ini.Janganlah lepaskan peluang untuk buat pahala melalui sekecil kecil hingga sebesar-besar ibafah/kebaikan/kebajikan , solat,puasa,umrah,haji,qurban,infak,sedekah dan wakaf.

 

7 Nasihat Dari Kubur

 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR’AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, INFAK, WAKAF.
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah “LAILAHAILALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”..
infak sedekah kubur yayasan ammirul ummah - wakaf quran nusantara
WAKAF QURAN . WAKAF AL-QURAN, WAKAF QURAN RAMADAN . WAKAF AL-QURAN RAMADHAN . WAKAF AL-QURAN NUSANTARA . WAKAF AL-QURAN YAYASAN AMMIRUL UMMAH . WAKAF QURAN IMAN CARE . WAKAF QURAN MALAYSIA WAKAF QURAN INDONESIA

 

wakaf al-quran shopee

wakaf al quran tv alhijrah – hukum wakaf al qur’an – wakaf al quran malaysia – apa itu wakaf al qur’an – wakaf al quran online – program wakaf al quran malaysia – cara wakaf al quran  wakaf quran malaysia  yayasan ammirul ummah ebit lew . wakaf al-quran cinta gaza

Yayasan Ammirul Ummah

 

KEMPEN WAKAF SUBUH & DHUHA HARIAN MUSLIMIN & MUSLIMAT

Yayasan Ammirul Ummah (545667-X)
Lot 20200 Taman LG Utama,
Jalan Tengku Umar, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Tel: +6013 986 3106
Laman Web: www.yayasanammirulummah.com
Email: yayasanammirulummah@gmail.com

#Infak
#Wakaf
#WakafAlQuranUmmah
#Wakaf Al-Quran Nusantara 2021 / 1443H
#WakafQuran
#WakafAlQuran
#Gandakan Pahala Kita
#Semoga Allah Ampuni Dosa-Dosa Kita dan Limpahi Pahala dan Kurnia
#Yayasan Ammirul Ummah
#Bersama Membuat Kebajikan dan Kebaikan

Jemput bersedekah subuh melalui aplikasi e-sedekah/ Yayasan Ammirul Ummah.masukkan jumlah yang anda mampu.