Infak Kurma Berbuka Puasa Ramadan 1442H/2021

INFAK KURMA BERBUKA: RM 24
INFAK KURMA BERBUKA: RM 48
INFAK KURMA BERBUKA: RM 120
INFAK KURMA BERBUKA: RM 240
Clear

 

Fadhilat Infak Bersedekah Memberi Makan Kepada Muslimin yang Berbuka Puasa

Bermaksud:

Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki (Surah Saba,39)

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan bersedekah/infak/wakafkan duit/harta bagi menjamu muslimin yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta untuk menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang member makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.

Dinyatakan di sini sikap dan sifat tokoh ulama dalam member makan orang yang berpuasa:

  • Hasan al-Basri member makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.
  • Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
  • Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.
  • Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.

Ramadan Kami Menantimu - Sumbangan Untuk Pembelian Kurma Sempena Bulan Ramadan 1442H - 2021 - Yayasan Ammirul Ummah 2021 1

 

Yayasan Ammirul Ummah mengajak muslimin dan mulimat untuk infak/sedekah  bagi pembelian kurma juadah berbuka puasa Ramadan 1442H/2021 M yang akan diagihkan kepada asnaf, masjid-masjid,surau-surau,pondok-pondok tahfiz,komuniti-komuniti umat islam di pedalaman di Malaysia dan Indonesia. Kami juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti agensi kerajaan, badan korporat,syarikat swasta dan invididu yang berminat untuk menaja agihan kurma ini.

Untuk sebarang pertanyaan,
Tel : +6013 986 3106
Email : yayasanammirulummah@gmail.com
Yayasan Ammirul Ummah, Lot 20200 Taman LG Utama,
Jalan Tengku Umar, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

 

Semoga kita dimurahkan rezeki ,dipermudahkan urusan serta  diampunkan dosa-dosa oleh Allah s.w.t untuk terus dapat  bersedekah/infak hidangan untuk mereka yang berpuasa sepanjang.

 

 

#safawi #kurmasafawi #safawidates #kurmamadinah #madinahdates #kurma #dates #kurmasafawimadinah #safawimadinah #kurmanabi #makanansunnah #kurmamurah #kurmasegar #dateshouse #kurmaborong #fatijjafood

#kurma #kurmamariami #kurmamerah #kurmaajwa #kurmabroom #kurmatangkaitunisia#fatijja #yayasanammirulummah #fatijjabeauty #wakafalquransetiapbulan #worldcharityfund

infak kurma ramadan 2021 / 1442H, sedekah kurma ramadan 2021 / 1442H, infak kurma  berbuka puasa  ramadan 2021 / 1442H, sedekah  kurma  berbuka puasa  ramadan 2021 / 1442H

Jom Beli dan infak/sedekah  juadah berbuka puasa Ramadan 1442H/2021M yang akan diagihkan kepada asnaf, masjid-masjid,surau-surau,pondok-pondok tahfiz di Malaysia dan Indonesia.