RAYUAN SUMBANGAN TABUNG BANJIR

Tidak dapat dibayangkan keadaan ketika ini bagaimana mereka mengharungi ujian yang dihadapi. Rumah ditegelami air sehingga paras bumbung.

Terengganu dan Kelantan dilanda banjir teruk secara mendadak akibat hujan lebat yang turun secara berterusan telah mengakibatkan banyak kawasan ditenggelami air selain berlakunya insiden cerun jalan runtuh, jalan mendap serta jambatan rosak dan melibatkan banyak rumah musnah.

Bencana yang melanda turut meragut nyawa penduduk terlibat, selain menyebabkan 14753 mangsa Terengganu dan 7956 mangsa di Kelantan terjejas. Mereka kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah disediakan pihak berwajib.

Gambaran yang berlaku di beberapa seperti dilanda tsunami. Banyak rumah ditenggelami air, pakaian mereka dihanyut banjir, perabot rosak serta perkakas rumah diselaputi lumpur dan terapung di dalam air banjir. Mereka lari semasa kejadian tanpa sempat membawa apa-apa termasuk perkara yang penting.

Allahu… Setelah melihat sendiri dengan mata tidak dapat berkata apa melainkan rasa yang amat sedih dengan keadaan di sana. Hasil lawatan kami ke sana, diantara mereka kebanyakkan warga emas dan masih lagi bekerja walaupun usia 60 ke atas bekerja sebagai tukang rumah, petani dan berniaga kecil-kecilan.

Dalam keadaan genting wabak COVID kini, Allah telah memberi kita rezeki, dan kita masih dalam keadaan yang baik. Namun di bagi mereka dilanda dua kali kesusahan ujian buat mereka.

Maka kami dari Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Tabung Banjir untuk mereka.

Antara solusi pantas yang telah kami membersihkan kediaman. Hasil membersihkan kami dadapi mereka di sana amat memerlukan KIT SOLAT untuk mereka beribadat kerana ada di antara mereka kelengkapan solat dihanyut banjir dan musnah.

Kami dah buat agihan beberapa KIT SOLAT namun masih belum cukup dari sasaran kami iaitu 500 kit solat.

Hanya tinggal kain telekung sahaja, baju telekung solat dihanyut banjir

Puan Rosnah ( Mangsa Banjir )

Saya solat dengan telekung yang terkena banjir berwarna coklat pudar akibat terkena tanah liat

Puan Zainab ( Mangsa Banjir )
Program ini khusus untuk membantu mangsa banjir dan diharap dapat memberi sedikit nafas lega kepada mangsa banjir dalam menghadapi detik sukar dalam sejarah ini, malahan bulan berpuasa hanya tinggal sebulan untuk mereka solat terawih dengan KIT SOLAT yang bersih dan sempurna.

AGIHAN KIT SOLAT FASA PERTAMA SEDANG DIAGIHKAN:

Sejak banjir menimpa kawasan Terengganu dan Kelantan, pasukan kami telah turun membantu menyampaikan bantuan dan membantu membersihkan kediaman, namun sumbangan kita amat terhad.

AYUH TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN

“Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya.” (HR. Muslim).

SASARAN YANG DIPERLUKAN 500 KIT SOLAT

  • Yayasan Ammirul Ummah bercadang untuk memberikan bantuan terdekat sebanyak : SASARAN 500 KIT SOLAT

1 KIT SOLAT RM200
-TELEKUNG SOLAT BERJENAMA
-SEJADAH
-KAIN PELIKAT
-AL QURAN
-TASBIH
-SARUNG KAKI
-TUALA MUKA

Golongan sasar yang terlibat : MANGSA BANJIR TERENGGANU

Projek ini juga mendapat kerjasama dan sokongan badan kerajaan, NGO, pihak swasta dan tokoh-tokoh individu.
Edaran berjalan sepanjang tahun

KESIMPULAN
Tabung Banjir ini perlu digerakkan serta merta kerana keperluan yang sangat mendesak.

Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 30

Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:

Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing :

 
Saya Infak: Pakej Firdaus RM 200
Saya Infak: Pakej Raudah RM 100 x 2 bulan
Saya Infak: Pakej Ma'wa RM 50 x 4 bulan
Saya Infak: Pakej Naim RM 25 x 8 bulan
Saya Infak: 10 Kit Solat : RM 2000
Saya Infak: 5 Kit Solat : RM 1000
Saya Infak: 4 Kit Solat : RM 800
Saya Infak: 3 Kit Solat : RM 600
Saya Infak: 2 Kit Solat : RM 400
Saya Infak: 1 Kit Solat : RM 200
Saya Infak: RM 100
Saya Infak: RM 50
Saya Infak: RM 30
Clear
InsyaAllah, dengan asbab bantuan anda semua, lebih ramai Asnaf ini dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik. Sesungguhnya kita ini bersaudara.