RUMAH DI LEMBAH KLANG TIBA-TIBA DITENGGELAMI AIR SETINGGI 1 TINGKAT!

Mengalami hari-hari yang sukar sejak peristiwa hitam yang lansung tidak pernah berlaku dalam kehidupan sebelum ini

Lembah klang kini dalam situasi getir...

… nyawa bagai dihujung tanduk, harta benda serta perkakas rumah dibawa arus air deras, dokumen-dokumen penting dan kenderaan juga banyak yang hanyut tergadai.

…hujan lebat dan renyai sambung menyambung tidak henti-henti berselang seli pada minggu ini di kawasan lembah klang telah mengakibatkan bencana banjir besar yang sebelum ini tidak pernah berlaku

Saat ini, pada wajah mereka jelas terlihat trauma dan kesedihan masih berbekas.

semuanya berlaku secara tiba-tiba dalam masa yang sangat pantas..

Disebalik setiap terowong yang gelap, pasti akan ada sinar cahaya. Kehadiran anda bakal mengubah nasib kehidupan mereka. Hadiahkan mereka sebahagian dari rezeki yang Allah beri, Moga hadir sedikit sinar kegembiraan pada wajahnya.

Kami di Yayasan Ikhlas ingin mengajak anda bersama-sama menyumbang

Tabung Bantuan Bencana Lembah Klang

Yayasan Ammirul Ummah menganjurkan satu misi khas​

Kenapa Perlu bantuan segera?

Bencana yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barang berharga. Ratusan kederaan ditenggelami air dan tidak berjaya diselamatkan

Rumah masih ditenggelami air menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar rumah. Majoriti telah dipindahkan sementara ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam sehelai sepinggang. Meninggalkan keadaan rumah yang masih dalam tidak terus dan kacau bilau. Berteduh dalam kesejukan basah kuyup, serta sangat kurang bekalan makanan asasi dan dan kediaman yang terputus sumber elektrik. 

Kami dapati  masih ramai lagi mangsa banjir yang menunggu bantuan tiba.Terutama warga emas dan ibu tunggal, mereka kekurangan tenaga untuk membersihkan sisa banjir selain masalah kesihatan membataskan mereka.

Dalam operasi sebelum ini kami sempat merasai keperitan mereka membersihkan kesan banjir di rumah, sekolah dan pusat awam.

Objektif misi kami mudah, kita nak meringankan beban mangsa banjir dan kerugian yang ditanggung.

SEBANYAK RM100,000 DANA DIPERLUKAN UNTUK MENYANTUNI LEBIH 1000 KELUARGA MANGSA BANJIR UNTUK MISI KAMI SETERUSNYA3

Dana terkumpul akan disalurkan dalam bentuk kit solat:

YAYASAN AMMIRUL UMMAH sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang sah berdaftar di Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja amal kebajikan, misi bantuan kemanusiaan, pembangunan sosio-ekonomi, pendidikan untuk umat islam di Malaysia dan Seluruh Dunia, KONGSI REZEKI, Infak Makanan Kepada Orang Miskin & Memerlukan

Masjid Nurul Jihad Lombok Indonesia Yayasan Ammirul Ummah Wakaf Bina Masjid Ummah

Wakaf Bina Masjid Ummah

Pembinaan dan baikpulih masjid / surau / madrasah / pondok tahfiz di Malaysia dan seluruh dunia.

Wakaf Al Quran Ummah

Mengedarkan naskah al-quran secara percuma untuk umat islam di Malaysia dan seluruh dunia.

pek iftar ramadan gaza palestin yayasan ammirul ummah aman palestin cakna palestin yayasan amal 7 l islamic relief 1 esedekah sedekah wakaf

Bantuan
Kemanusiaan

Bantuan Kemanusiaan/ Bencana di Malaysia dan seluruh dunia.

Infak Foodbank Ummah

Bantuan makanan asas untuk golongan miskin dan memerlukan di Malaysia dan seluruh dunia.

Alhamdulilah berkat sumbangan warga prihatin, Dengan izin Allah, kami telah menjayakan lebih 20 program yang sama seperti ini pada tahun 2021 ini, dengan keadaan yang sangat mencabar kesan dari serangan pandemik.

Kami menyeru anda untuk turut serta membantu kami lebih ramai lagi yang terjejas akibat bencana alam.

Yakinlah! Anda tidak akan miskin kerana membantu saudara kita yang memerlukan
Ayuh hulurkan sumbangan anda sekarang!

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyertai Misi Bantuan Bencana Banjir
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran